SEJAHTERA.

MANDIRI.

LESTARI.

Laporan Tahunan 2022

MEMACU PERUBAHAN POSITIF

Yayasan JCorp memacu perubahan positif melalui pelaksanaan visi, misi dan peranan bagi 2022-2026

Yayasan JCorp sentiasa berdedikasi dalam memacu perubahan positif dan meningkatkan keupayaan dan kualiti kehidupan komuniti terutamanya di serata Johor dan seluruh negara. Sebagai badan pelaksana aktiviti tanggung jawab sosial korporat (CSR) Johor Corporation (JCorp) dan syarikat Kumpulan, penubuhan Yayasan JCorp selaras dengan matlamat organisasi untuk memberikan manfaat dan mewujudkan impak yang bermakna dalam kehidupan masyarakat sekitar.

Pendidikan

Membina masyarakat yang berdaya tahan melalui pendidikan

Seni, Budaya dan Warisan

Memperkukuh generasi akan datang melalui seni, budaya dan warisan

Alam Sekitar

Memulihara alam sekitar melalui usaha bersama

Kesejahteraan Komuniti

Menjamin kesejahteraan komuniti

Manfaat Program Yayasan JCorp

Sebahagian daripada manfaat dari program-program Yayasan JCorp yang dijalankan pada 2022

RM568 RIBU

  • Pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas: Cerebral Palsy Johor
  • Pembinaan Rumah Hijau Agroterapi baharu
  • RM170 RIBU

  • Sumbangan peralatan perubatan & perlindungan diri kepada Jabatan Kesihatan Johor
  • RM600 RIBU

  • Sumbangan 50 komputer riba untuk pelajar yang menghidap kanser
  • Dana Larian Laksamana
  • Pembaikan kompleks rekreasi di Hospital Permai, Johor Bahru
  • RM896,900

  • Bantuan Banjir kepada Anggota Pekerja Kumpulan JCorp
  • Sumbangan kepada Southern Volunteers untuk Dana Misi Bantuan Johor
  • RM600,000

  • Bank Makanan untuk masyarakat yang terjejas oleh Covid-19
  • Kotak makanan di komuniti setempat
  • Terminal Bank Makanan di bangunan komersial dan stesen Petronas
  • RM650,000

  • Dana Tabung Prihatin UTM Covid-19
  • Sumbangan kebajikan & pembangunan pelajar
  • Pendidikan

    Membina masyarakat yang berdaya tahan melalui pendidikan

    Lebih lanjut

    Jumlah peserta (pelajar, guru, NGO, ibu bapa dan komuniti

    Bilangan sekolah melaksanakan program merentas korikulum

    Bilangan pelajar IPT dari keluarga B40 menerima bantuan program pendidikan YJC (Sejak 2017)

    Bilangan peserta yang dijangkau melalui Webinar / Secara Langsung / Kuiz

    Bilangan pelaksanaan program

    Seni Budaya & Warisan

    Memperkukuh generasi akan datang melalui seni, budaya dan warisan.

    Lebih lanjut

    Ringkasan Statistik

    Seni Budaya & Warisan 2022

    Hospital KPJ

    Yayasan JCorp turut merangka kerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad untuk mewujudkan galeri seni di rangkaian Hospital KPJ.

    The Asia Foundation

    Pada tahun 2022, The Asia Foundation telah menyumbangkan sebanyak 19,186 buah buku kepada Yayasan JCorp.

    Alam Sekitar

    Memulihara alam sekitar melalui usaha bersama.

    Lebih lanjut

    Kesejahteraan Komuniti

    Menjamin kesejahteraan komuniti.

    Lebih lanjut

    Aktiviti dan Program 2022

    Sebahagian daripada aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan pada 2022

    Lebih lanjut

    Majlis Serahan Bantuan Bencana Banjir Fasa 2 kepada Anggota Pekerja Johor Corporation dan syarikat Kumpulan telah diadakan di Dewan Anugerah, Menara KPJ, Kuala Lumpur.

    Majlis Serahan Bantuan Bencana Banjir Fasa 2

    19 Januari 2022

    Bengkel Kerja Penyelarasan Latihan Industri Pelajar Lepasan PVMA diadakan secara atas talian dan melibatkan sebanyak 20 sekolah. Ia bertujuan menyelaraskan penempatan pelajar lepasan PVMA untuk menjalani latihan industri mengikut bidang kemahiran masing-masing serta mengenal pasti jumlah pelajar berdasarkan jumlah permohonan dan kekosongan di syarikat majikan.

    Bengkel Kerja Penyelarasan Latihan Industri Pelajar Lepasan PVMA

    13 April 2022

    Yayasan JCorp telah menyantuni pertubuhan dan rumah kebajikan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JCorp 2022 / 1443H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. YAB Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi JCorp telah menyempurnakan dan menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Shafar, Rumah Raudhatul Maryam, Rumah Barkat Johor dan Pusat Perlindungan Baitus Solehah. Selain itu, seramai 20 anak-anak yatim Pertubuhan Fitrah Qaseh menerima sumbangan duit raya.

    Sumbangan Sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JCorp 2022

    22 Mei 2022

    Program Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) di Kampung Kukup Laut, Kampung Ayer Masin dan Kampung Benteng Kanan, Kukup di Pontian adalah hasil kerjasama Yayasan JCorp dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai menerusi Centre for Environmental Sustainability and Water Security (IPASA) dan Research Institute for Sustainable Environment (RISE) UTM Johor Bahru. Kira-kira 100 peserta termasuk pelajar dan anggota pekerja UTM, Majlis Daerah Pontian, sukarelawan Sahabat Yayasan Johor Corporation, Briged Waqaf dan penduduk setempat telah menjayakan program ini.

    Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH)

    12 Jun 2022

    Majlis Pelantikan Sekolah Dan Penyerahan Modul Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) merangkumi subjek Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan Sekolah Menengah Negeri Johor telah berlangsung di Cerebrum, Tingkat 24, Menara KOMTAR, JBCC, Johor Bahru. Wakil daripada 15 sekolah sekitar Johor menerima modul tersebut.

    Majlis Pelantikan Sekolah Dan Penyerahan Modul Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI)

    13 October 2022

    Perutusan

    Rozaini Mohd Sani

    Pengerusi Yayasan Johor Corporation

    MEMBINA PENANDA ARAS UNTUK MENJADI YAYASAN TERKEMUKA

    JOHOR CORPORATION mempunyai visi untuk menjadi sebuah syarikat yang disegani atas kecemerlangan pencapaian kewangannya dan agenda ESG yang diteladani. Manakala Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) pula berperanan sebagai badan utama dalam melaksanakan tanggungjawab korporat dan ESG Johor Corporation dan syarikat Kumpulan dalam memastikan misi Johor Corporation, ‘Membina & Membela’ dapat dijayakan.

    Lebih lanjut

    Wan Su Ali

    Pemangku Pengurus Besar Yayasan JCorp

    EMPAT FOKUS UTAMA SEJAJAR MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) PBB

    Matlamat utama Yayasan JCorp ialah untuk mewujudkan kehidupan yang sejahtera, berdaya huni dan lestari di masa akan datang. Yayasan JCorp dan pihak berkepentingan sentiasa berganding bahu dengan komuniti dalam mempromosi pertumbuhan positif dan membawa perubahan yang bermakna. Komitmen dan dedikasi Yayasan JCorp untuk mencipta hari esok yang lebih baik untuk semua diperkukuhkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program di sepanjang tahun 2022.

    Lebih lanjut

    Muat turun